-

 photo suryaqq728x90_zps62axxndh.gif  photo judi13-728x90_zpsa5peghff.gif
 photo Firaun-Poker-728x90_zpsmmky9jss.gif
 photo im2bet-928x90_zpsw6rsjjqf.gif  photo klikbet_zpsf2qh2m6h.gif

Olahraga

Sabtu, 25 Juni 2016

Cerpen : Mengapa Aku Yang Tidak Setia

“Syafiq, aku rasa kau betul-betul dah gila..jangan bawak main hal ni Syafiq” Kusut kepala Kamal memikirkan ‘permainan’ gila kawannya itu.
“kau bawa bertenang boleh, daddy wants to play a game so aku follow je la and may the best player win” Syafiq tersenyum sinis, pelbagai plan dirangka supaya dia tidak tersungkur dengan ego ayahnya.
“Kau tahu, kau selalu kata yang daddy kau tu ego..actually kau dengan daddy kau sama je ego, melangit!” Kamal penat, satu pun nasihatnya tidak didengari Syafiq. Lelaki ego kuasa dua.
“Well, he wants me to marry and have a wife so that i’ll be the new Chief Executive Ofiicer of Menara Holdings, isn’t that sounds crazy to you? But its okay, i’ll follow his flow but i’ll make sure he will regret it.” Syafiq menguak rambutnya kebelakang. Terserlah ketampanannya yang mampu menggoda para gadis. Sesuai dengan perwatakkannya sebagai kasanova kelas pertama! Dikelilingi gadis-gadis seksi merupakan makanan hidupnya.
“Sampai bila kau dengan prinsip buaya darat keparat kau tu Syafiq? Sudah-sudah la..kot ye pun kalau kau tak percaya pada perkahwinan tak perlu lah kau nak perguna Mia tu sebagai jambatan untuk kepentingan kau..dia baik lah Syafiq, kesian dia” Kamal risau dan kasihankan Mia pada masa yang sama, gadis yang bakal dipergunakan oleh Ku Syafiq untuk kepentingan diri. Bukan dia tidak kenal sahabat baiknya itu, malah Kamal sudah cukup masak dengan perangai Syafiq itu, seorang lelaki yang hidup dikelilingi perempuan cantik dan seksi namun tidak akan melakukan sebarang hubungan yang berkomitmen. Sesungguhnya lelaki yang bernama Syafiq ini amat membenci komitmen terutama komitmen sebagai seorang suami!
“Sudah la bro, cakap dengan kau ni buat aku lagi berangin je. Sebelum we end up belasah each other baik aku balik dulu” Syafiq melangkah keluar dari restoran meninggalkan kamal sendirian.
Kamal hanya mampu menggeleng ‘semoga Mia dapat bukak mata kau betapa beruntungnya menjadi seorang suami bro’
Majlis akad nikah Ku Syafiq Raizul dan Mia Zyara berlangsung secara sederhana, hanya dihadiri oleh kedua buah keluarga mempelai sahaja. Bagi Syafiq, lagi sedikit orang tahu tentang perkahwinan itu, lagi bagus. Mudah baginya untuk melaksanakan ‘permainannya’ itu.
Ku Mizal dan Ku Sa’adah tersenyum riang menerima ahli baru dalam keluarga mereka, masing-masing tersenyum dengan agenda tersendiri. Ku Mizal tersenyum kerana berjaya membuatkan Ku Syafiq mendengar katanya manakala Ku Sa’adah tersenyum girang menerima peneman baru dalam keluarganya. Ku Sa’adah sunyi kerana setiap isi rumah sibuk dengan hal masing-masing dan perkahwinannya yang retak menanti belah.
‘Mia, aku nak cakap dengan kau sekejap” keras sahaja suara Syafiq
Mia yang leka memerhatikan dulang-dulang hantaran tersentak. ‘kenapa laki aku ni, semacam je’
“Mia! Kau dengar tak?” Syafiq merentap tangan Mia agar Mia berdepan dengannya. Syafiq berang apabila panggilannya tidak diendahkan.
“Raizul, you ni dah kenapa? Sakitlah” Mia cuba melepaskan cengkaman Syafiq di pergelangannya namun gagal.
“Aku nak kau tahu perkahwinan kita ni hanya sementara, aku harap kau tak mengharapkan apa-apa hak kau sebagai isteri sebab lepas hal aku settle aku akan lepaskan kau. Kau jugak takde hak nak tentukan apa-apa dalam perkahwinan ni. Faham!” Semakin kuat cengkaman Syafiq sehingga Mia mengaduh sakit. Air mata mengalir perlahan dari tubir mata Mia.
Mia menghabiskan sisa malam pengantinnya dengan menangisi nasib yang dia sendiri tempah buat dirinya. Dia tidak menyangka perkahwinan yang dia fikir atas dasar kasih dan sayang rupanya satu agenda untuk mengaburi matanya demi kepentingan suaminya Ku Syafiq Raizul. Dia fikir Raizul ikhlas menerimanya setelah hatinya remuk ditinggalkan bekas kekasihnya. Dia fikir Raizul benar-benar ingin mencantumkan kembali hatinya yang sudah berkecai. Namun dia silap memilih dan dirinya ditentukan sekali lagi berdampingan dengan lelaki yang hanya tahu menghancurkan hati dan kasihnya sahaja.
“Mia” Ku Sa’adah menghampiri Mia, ralit benar dia lihat menantu sulungnya duduk di tepi kolam ikan buatan itu. Ku Sa’adah menyentuh bahu Mia perlahan
Mia tersentak lalu menoleh.
“Eh mummy, maaf Mia tak perasan. Ralit sangat ni ha tengok ikan-ikan dalam kolam ni” Mia tersenyum nipis
“Mata kamu ke kolam, fikiran kamu ke lain Mia” Ku Sa’adah senyum dan mengambil tempat di kerusi meja bulat membelakangi Mia. Mia mengambil tempat bersebelahan mak mertuanya
“Maksud mummy?” Mia pelik, di rasa bagaikan mak mertuanya sudah terhidu kedinginan perkahwinan yang sudah menginjak usia sebulan.
Ku Sa’adah menepuk perlahan tangan Mia, lalu dia melepaskan keluhan kecil. Ku Sa’adah merenung mata Mia. Hati tuanya tersentuh.
“Mia, mummy tahu apa yang berlaku antara kamu dengan Syafiq. Tapi mummy tak mahu masuk campur sebab kamu dua pun sudah dewasa. Mummy kesian tengok kamu, tahan je apa yang Syafiq buat dekat kamu.” Ku Sa’adah menyeka air matanya.
“Mummy, mia okay..mummy tak perlu risau. Baik buruk Syafiq layan Mia, dia tetap suami Mia” Mia cuba menenangkan mak mertuanya.
“Syafiq tu tak percaya dengan perkahwinan lepas dia lihat perkahwinan mummy dengan daddy dia bagai retak menanti belah. Salah mummy juga, sibuk sangat dengan persatuan sana sini sampai rumah tangga sendiri terabai. Sebab tu sekarang mummy luang masa dekat rumah, tapi tulah anak-anak semua dah jauh, walaupun Syafiq tu dekat rumah ada dan takde sama je, “ Ku Sa’adah melepaskan keluhan berat.
Masih terngiang-ngiang apa yang mak mertuanya luah petang tadi, Mia merangka rancangan. Hati suaminya mesti diraih dan dia akan menukarkan persepsi suaminya terhadap perkahwinan. Baginya apa yang hendak terjadi kali ini jadilah.
“Raizul, coffee..minumlah, you selalu minum kopi kan bila buat kerja malam-malam” Mia mengambil tempat di depan Syafiq.
Syafiq merenung Mia aneh. Mia tersenyum manis. Manis seperti susu pekat manis dicampur selori gula!
“Kau ni demam ke apa? Tak pernah-pernah kau buat kopi. Huh, Mia kau tak perlu buat semua ni sebab lambat laun aku akan lepaskan kau jugak.” Kata-kata Syafiq mengguris hati Mia, tetapi Mia masih kekal menemani Syafiq di bilik bacaan itu. Dia perlu kuat untuk melaksanakan misinya. Suaminya perlu disedarkan!
“I kisah apa Raizul, you nak lepaskan i pun lepas jela but u must remember i am still your wife even you;re not considering me once. So i akan buat kewajipan as a wife” Mia puas dapat meluahkan semuanya.
Syafiq menoleh kearah Mia, terhenti kerjanya seketika medengarkan kenyataan berani mati isterinya itu, eh kejap? Isteri..yang hatinya tak iktiraf.
“Kewajipan eh, you mean termasuk…” Syafiq membiarkan ayatnya tergantung, dia bangun dari kerusi kerjanya dan mendekati Mia. Mia panik, merenik peluh dimukanya.
‘Buat gila apa laki aku ni, dah la muka hensem nak mati,cayaq jugak aku kat sini satgi’ Mia menahan Syafiq dengan seluruh tenaga yang dia ada, Syafiq semakin berani mendekati Mia. Mia dapat merasakan hembusan nafas Syafiq, Syafiq tersenyum nakal.
“Raizul, i tak maksudkan yang ni okay! Raizul please behave yourself!” Mia takut, dia takut jika berlaku perpisahan akan ada ‘kenangan’ diantara mereka.
“Kau kata tadi kau akan laksanakan semua tanggungjawab as a wife, so termasuk yang ini sayang..”Syafiq semakin ligat menggiat Mia.
“Ehem!” deheman di muka pintu membuatkan mereka berdua menoleh serentak. Merah padam muka kedua-duanya.
“Yes daddy, nak apa? Syafiq kembali berdiri Mia membetulkan duduknya yang senget tadi gara-gara buaya senget a.k.a encik suaminya.
“Sorry if i am intrupting your sweet moment but jom turun sekejap, Raizal..he is back..” Ku Mizal tersenyum melihat hubungan anak dan menantunya semakin baik.
“Raizal..?” Mia seakan akan pernah dengar nama itu, penat dia memerah otaknya tapi langsung tak dapat klu.
“Kau tak payah nak berkerut sangat, dia adik aku dia tak datang pun wedding kita sebab dia kerja dekat luar Negara and by the way kau jangan perasan sangat eh aku hadap dengan kau sebab you are totally deadly insanely not my taste. Baru usik sikit dah pucat, huh what a hideous women on earth” Syafiq melangkah keluar dari bilik bacaan meninggalkan Mia yang menghadam satu persatu cemuhan yang dilempar oleh suaminya.
‘sabar la duhai hati’ Mia turut meninggalkan ruang bacaan itu dan menuju ke ruang tamu bawah.
Riuh suasana dibawah, yelah anak baru balik luar Negara rindu la katakan. Mia melangkah malas dan mengambil tempat di sebelah suaminya si buaya senget itu.
“Zyara!”
Mia tersentak, semua orang diruang tamu menoleh kearah Mia. Suasana sunyi seketika.
“Zyara, kau tak cam aku ke wei..wei aku la Zal..hello” Raizal melayangkan tangannya di depan Mia yang tersentak teruk itu.
“Wei, hidup lagi kau Zal” Mia yang baru tersedar baru dia teringat memang dia pernah dengar dan serasi dengan nama Raizal, Ku Syarul Raizal. Bekas kekasihnya yang pergi meninggalkannya tanpa sebarang alasan dan menghilang begitu sahaja. Tiba-tiba hatinya sebak. Mengenangkan kembali duka lama. Tetapi Mia cepat menangkis perasaan sebak itu kerana Mia lebih kepada gembira melihat wajah Raizal. Apakah cintanya masih belum padam? Bagaimana pula perasaannya terhadap buaya senget itu? Dia keliru dengan perasaannya sendiri.
“Zal kenal Mia?” Ku Sa’adah pelik dengan kemesraan overdose Mia dan raizal.
“Mummy, of course i am.. she is my one and only sweetheart” Raizal melutut di depan Mia, renungan penuh kerinduan memenuhi pandangan raizal terhadap Mia.
“She is my wife now” Syafiq memeluk pinggang Mia erat. Dia hendak menyedarkan adiknya hakikat yang Mia isterinya. Syafiq pelik apabila egonya membuatkan dia bertindak sedemikian. Mia memandang Syafiq pelik namun Syafiq membuat muka selamba.
“Ouh, sorry salah Raizal, ha..ha.. tulah siapa suruh tak balik wedding abang sendiri kan” jelas tawa hambar Raizal.
“Okay semua, almost 1 a.m ni semua masuk la tidur, Raizal i bet you still jet lag right, go upstair change your cloth and then sleep, you must fully charge tomorrow because daddy nak ajak Raizal dan Along pergi ke suatu tempat.” Ku Mizal yang mengesan suasana hambar tersebut cepat-cepat memainkan peranan.
Syafiq tidak dapat melelapkan matanya, terngiang-ngiang apa yang dikatakan adiknya tadi.
‘Mia kekasih Raizal? Tapi kenapa dia terima aku? Eh dah kenapa aku fikir pasal diaorang ini. Ingat Syafiq, kau dah dapat apa kau nak, kau dah boleh lepas dah minah tu kau ada Maya kan she is more gorgeous than Mia la so i bet i can have a happily married life ever kalau Maya yang jadi wife aku dan bukannnya Mia bodoh tu’
Hari ini Mia bersiap secantiknya, Misi merebut hati suaminya si buaya senget itu diteruskan kehadiran Raizal tidak pernah menjadi penghalang baginya. Makanan kesukaan suaminya telah disiap dalam bekas makanan berjenama Tupperware.
Mia menilik mukanya di cermin dapur, Mia mengenakan skirt labuh bercorak songket dan baju loose bewarna hijau emerald sedondon dengan skirt songketnya dan selendang berwarna emas dipilih bagi melengkapkan gayanya.
“Lawa jugak aku ni eh” Mia tergelak sendiri masih sempat pula dia memuji diri sendiri
“Zyara memang cantik, cantik sangat sampai Zal langsung tak boleh lupakan Zyara” Raizal bersandar di pintu masuk dapur, dia memerhatikan setiap tingkah laku Mia tanpa lepas.
“Zal, Zal bukan ikut daddy ke tadi? Cepat balik” Mia lantas menukar topik dia tidak betah apabila Zal berkata sebegitu tadi
“Ouh memang Zal ikut daddy tadi, tapi daddy ada urgent meeting so Zal balik lah..hmm Zyara nak pergi syarikat along ke? Zal ikut boleh, teringin nak tengok along bekerja” Raizal masih tak putus-putus mencuba untuk kembali mendekati Zyara.
Lama Zyara memikir dan akhirnya Mia membenarkan Raizal ikutnya sekali.
“Ku Syafiq, adik you ade dekat luar ni, boleh dia masuk?” suara kirana bergema di interkom pejabat Syafiq.
“Okay, biar dia masuk, thank you Rana” Syafiq melepaskan butang intercom
“Along! Hai” Raizal terhenti seketika di muka pintu. Dia tersentak dan terkejut.
“Hey yang tercegat dekat pintu dah kenapa? Masuk lah macam tak biasa pulak” Syafiq yang tersenyum girang di samping Maya tersentak kerana dia perasankan Mia yang turut bersama Raizal. Raizal menoleh kearah Mia, Mia masih tenang. Mia melangkah masuk dan meletakkan bekas makanan yang disediakan untuk suaminya.
“Saya ada bawakkan lunch untuk awak, makanlah. Saya balik dulu. Assalamualaikum” Mia terus berlalu pergi dari pejabat itu dengan membawa hati yang retak. Luluh hatinya melihatkan kemesraan suaminya dengan Maya. Lebih dari pasangan yang berkahwin lagaknya.
Raizal tidak tunggu lama di situ, dia mengejar Mia dari belakang. Namun dia terlambat, kelibat Mia hilang dari bangunan Menara Holdings itu.
“Maya, you balik dulu. Malam nanti i jemput you okay sayang” Syafiq menghadiahkan ciuman di pipi Maya.
“Tapi” Maya merengek manja
“Maya please, i nak bersendirian kejap…please faham sayang” Syafiq membukakan pintu untuk Maya menandakan dia betul-betul nak Maya meninggalkan dia sendirian.
Hampir sebulan Mia tidak pulang ke rumah agam milik Ku Mizal, dan hampir sebulan juga pencarian Raizal menemui jalan buntu. Ku Syafiq masih meneruskan hidupnya bagai tiada apa yang berlaku.
“Daddy tak peduli, Along mesti cari Mia sampai jumpa. Daddy tak nak hilang menantu daddy! Faham!” Ku Mizal berang dengan anak sulungnya yang langsung tidak ambil tindakan untuk mencari menantunya, Mia.
“Daddy boleh tolong sedar tak! Ini semua punca dari daddy tahu! Kalau daddy tak insist along kena kahwin untuk jadi CEO hidup along ni tak huru hara macam ni tahu tak! Daddy ada hati nak atur hidup along tapi perkahwinan daddy dengan mummy pun tunggu masa je la. So daddy tak perlu nak bagi tahu apa along perlu buat lagi boleh tak!” Syafiq melepaskan semua yang terbuku di hati
Ku Mizal tersentak dengan kelancangan anak sulungnya berbicara, ikut hati mahu ditampar Syafiq namun itu bukan lah sifat Ku Mizal dia takkan sesekali menyakiti anak-anaknya dengan tindakan ganas.
“Okay, daddy mintak maaf kalau daddy selalu gesa hidup along, tapi tolong lah cari Mia, sejak Mia hadir..daddy dengan mummy semakin menghargai perkahwinan kami. Makan minum kamu pun Mia jaga bukan? Walaupun kamu sering tak endahkan dia, daddy perasan benda tu, daddy dapat agak dah kamu kahwin sebab jawatan tu je tapi Allah maha adil, kehadiran Mia dalam keluarga ni mengubah persepsi daddy, mummy dan daddy tahu..persepsi kamu terhadap perkahwinan juga berubah kan?” Ku mizal meninggalkan Syafiq untuk memikirkan semula kata-katanya
“Terlambat daddy, Mia tuntut fasakh” Kata-kata Syafiq membuatkan Ku Mizal berhenti melangkah keluar dari bilik bacaan tersebut.Syafiq meraup mukanya. Emosinya bercampur baur.
“Mia, kita bincang boleh? Abang baru sedar abang tak boleh lepaskan Mia. Abang tak boleh hidup” Syafiq memberhentikan keretanya di tempat parkir mahkamah agama. Dia beria untuk menjemput Mia sebab dia ingin merayu kepada mia buat kali terakhir.
“Ku Syafiq Raizul, berapa lama saya tinggalkan awak?”
“Sebulan..” Syafiq menjawab lurus
“Dan sekarang awak masih hidup kan, jadi takde msalah untuk awak lepaskan saya da sememangnya ini yang awak mahu dari awal perkahwinan kita kan. Saya ni bukan taste awak, nanti muntah pulak awak tengok muka saya hari-hari..sudah la Raizul, you lepaskan i, biarkan i cari kebahagiaan i sendiri” Mia tidak dapat menahan air matanya dari gugur.
Syafiq mengeluh berat, masih segar diingatannya saat dia melepaskan Mia, membebaskan Mia dari memegang gelaran sebagai isteri kepada Ku Syafiq Raizul setahun lalu. Dia mengaku tanpa Mia hidupnya sedikit tidak terurus.
“daddy,mummy,along Raizal ada benda nak bagitahu ni. Raizal nak kahwin” Terpancar riak wajah yang ceria kuasa dua di muka Raizal
“good to hear that,but with whom?” Ku Mizal turut berasa bahagia apabila anak keduanya tergerak juga hati untuk berkahwin. Dia takut jika Raizal juga serik lepas melihatkan perkahwinan alongya yang berakhir di tengah jalan.
“Mia Zyara” Tenang saja Raizal menuturkannya
Ku mizal, Ku Sa;adah dan Ku SyaSyafiq tersentak
“Daddy, mummy and along please, she is my first love and kalau tak kerana Raizal ni bodoh sangat pergi tinggalkan Zyara tu sampai dia jadi milik along mungkin Zyara dengan Raizal dah bahagia sekarang. Penceraian along buat Raizal sedar yang Zyara memang jodoh yang tertulis buat Raizal.” Raizal separuh merayu berharap agar keluarganya memahami.
Perkahwinan Mia Zyra dan Ku Syarul Raizal meriah dengan kehadiran hampir 5000 tetamu dan juga wartawan yang turut hadir bagi membuat liputan dan mendapatkan cerita eksklusif anak kepada ahli perniagan ternama tersebut yang melangsungkan perkahwinan dengan bekas kakak ipar dan semestinya hal ini kecoh dalam dunia perniagaan Ku Mizal.
Syafiq duduk di sudut khemah menyaksikan pasangan mempelai dengan hati yang luluh.
“sudah la Syafiq, terima lah kenyataan. Aku pernah nasihat tapi kau degil” kamal menepuk lembut bahu sahabatnya. Syafiq hanya mampu tersenyum hambar.
Pintu lif baru sahaja hendak tutup tapi ditahan oleh Mia, Mia berlari anak bila melihat pintu lif baru nak tertutup, Syafiq menekan butang buka untuk memberi laluan kepada wanita yang ingin masuk ke dalam lif itu.
“Terima kasih awak” Mia sempat mengucapkan terima kasih dalam keadaan mengah berlari anak. Mana tak mengah pakai kain duyung berlari anak dengan heels lagi nasib tak terpelot depan pintu lift tu je.
“Sama-sama kasih Mia”
Mia tersentak, dia melangut dan ternyata Syafiq di depannya
“Eh along, along buat apa dekat sini? Nak jumpa Raizal ke?” Mia cepat-cepat mengubah topik perbualan. Dia tidak betah lama-lama di dalam lif tersebut.
“Haah, Mia? Bukan Mia teman mummy pergi pet shop ke?” agak kekok suasana diantara mereka. Bercakap dengan bekas isteri yang kini menjadi adik iparnya.
“haah tapi Mia kena make time nak hantar bekal dekat my hubby” Mia tersenyum bahagia. Syafiq sedikit cemburu kerana sewaktu Mia dengannya Mia langsung tidak penah senyum sebegitu.
Pintu lif terbuka, Mia melangkah keluar. Syafiq mengeluh berat
Satu-satu memori dia dengan Mia berlegar di kepala, memori dimana dia bertumbuk dengan Raizal semata-mata kerana permintaannya yang meminta agar Raizal melepaskan mia dan biar Mia kembali kepadanya.
Syafiq hilang pertimbangan dan membuat keputusan untuk pergi jauh dari mia. Dia menyesal melepaskan intan permata yang berharga. Dia cemburu melihatkan layanan mia yang sempurna sebagai isteri kepada Raizal.
‘mengapa aku yang tidak setia, jika aku setia mungkin aku ditempat Raizal”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar